myIKS | http://www.myiks.com

MYIKS.COM merupakan sebuah portal interaktif yang mengandungi maklumat - maklumat terkini IKS secara online di seluruh Malaysia. 

MyIKS.COM adalah medan hubungan di antara pengusaha IKS membina jaringan perniagaan, mempromosi produk dan jenama, disamping mewujudkan laman web bagi perniagaan mereka. SIRIM telah mengambil langkah pro-aktif di dalam membantu pengusaha IKS mengembangkan perniagaan mereka melalui khidmat nasihat, latihan teknikal dan bimbingan khusus pembangunan produk.

Penubuhan MYIKS.COM adalah merupakan satu platform dimana seluruh masyarakat Malaysia boleh mendapatkan informasi terkini mengenai IKS tanahair.  Selain daripada itu MYIKS.COM juga dapat membantu para usahawan tanahair dalam mempromosikan produk ataupun perniagaan mereka secara meluas ke seluruh Malaysian bahkan ke seluruh dunia. Penyertaan anda ke portal ini amat kami alu - alukan. 

Pelbagai modul akan sediakan seperti informasi tentang perniagaan, aktiviti semasa, pameran rekacipta web oleh IKS terbaik dan lain - lain. Bagi yang ingin mempelajari bagaimana membina laman web untuk mempromosikan produk atau perniagaan, membina logo, menerbitkan laman web yang telah dibina dan sebagainya, boleh berbuat demikian dengan menjadi mendaftar ke portal kami.